




21 Disember 2023 - Bersempena perayaan Krismas, TYT Ambassador Amarjit Sarjit Singh telah mengetuai delegasi Kedutaan Besar Malaysia, Dili menyampaikan sumbangan barangan runcit kepada 60 isi rumah di Suco Uma Caduac (40 km ke timur Dili). Aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) ini telah diterima baik oleh masyarakat setempat, termasuk dengan upacara menyambut kedatangan tetamu yang penuh tradisi.