
On 15 October 2025, the Embassy of Malaysia in Harare organised ‘A Taste of Malaysia ‘Jom Makan’ at the Venue, Harare attended by over 180 guests, among them Zimbabwean government officials, members of the diplomatic corps, the business community, Friends of Malaysia, and Malaysians in Zimbabwe.
In his opening remarks, Mr. Mohd Hail Aniff Mohd Fauzi, CDA ai welcomed the guests and highlighted the warm and cordial bilateral relations between Malaysia and Zimbabwe. He further highlighted and shared on Malaysia's ASEAN Chairmanship 2025 with the theme of “Inclusivity and Sustainability”. Additionally, he invited all the guests to experience Malaysia's rich cultural heritage, breathtaking natural landscapes, and world-renowned hospitality through the "Visit Malaysia 2026" campaign.
A special highlight of 'A Taste of Malaysia' was the promotion and tasting of fresh fruits in collaboration with the Federal Agricultural Marketing Authority FAMA Malaysia. Guests savored the legendary Musang King Durian, known as the King of Fruits, along with sweet pineapples and fresh guavas, with all of them impressed with the creamy and exquisite taste of Musang King.
Furthermore, guests were warmly served a culinary heritage of Malaysian dishes like Nasi Lemak, Roti Canai, and Teh Tarik, which are part of the country's breakfast culture and recognized by United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) as an Intangible Cultural Heritage of Humanity in 2024, along with traditional desserts such as Karipap, Kuih Keria and Ais Kacang. During the event, Dzikwa Trust students performed beautiful renditions of "Standing in the Eyes of the World" and "Ewa Bulan”, showcasing the Malaysia’s cultural spirit and diversity.
***
Pada 15 Oktober 2025, Kedutaan Besar Malaysia di Harare telah menganjurkan acara “Citarasa Malaysia”: Jom Makan di The Venue, Harare yang dihadiri sekitar 180 tetamu, terdiri daripada pegawai Kerajaan Zimbabwe, komuniti diplomatik dan perniagaan, rakan-rakan Malaysia serta rakyat Malaysia di Zimbabwe.
Semasa ucapan pembukaan acara, Kuasa Usaha Sementara Encik Mohd Hail Aniff Mohd Fauzi telah mengalu-alukan kehadiran para tetamu dan menyifatkan hubungan dua hala Malaysia-Zimbabwe sentiasa mesra dan akrab. Selain itu, beliau juga menerangkan dan berkongsi mengenai Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan” kepada para tetamu. Selanjutnya, beliau juga menjemput semua yang hadir untuk melawat Malaysia bagi menikmati kekayaan budaya dan tradisi serta pemandangan semulajadi yang menakjubkan di samping menawarkan kemudahan pelancongan yang bertaraf antarabangsa sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
Acara 'Citarasa Malaysia': Jom Makan ini dimeriahkan lagi dengan promosi buah-buahan tempatan Malaysia menerusi kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan FAMA Malaysia. Buah-buahan seperti Durian Musang King, Nenas Madu serta Jambu Batu dipromosikan dan dirasai oleh para tetamu, di mana Durian Musang King menarik perhatian ramai para tetamu yang teruja dengan keenakan dan keunikan raja buah tersebut.
Seteruanya, tetamu juga dihidangkan dengan Nasi Lemak, Roti Canai dan Teh Tarik, iaitu budaya sarapan pagi yang diiktiraf sebahagian Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 2024, selain kuih muih tradisional seperti Karipap, Kuih Keria dan Ais Kacang. Semasa acara tersebut juga, tetamu turut diserikan dengan persembahan iringan koir pelajar Dzikwa Trust Zimbabwe dengan lagu "Standing in the Eyes of the World" dan "Ewa Bulan" yang mencerminkan semangat dan kepelbagaian budaya Malaysia.