Mission News

LAWATAN KE YUNNAN UNIVERSITY OF FINANCE AND ECONOMY

09 December 2013 1 views

Kunming

3 Disember, 2013

 

Konsul Jeneral Malaysia di Kunming, Encik Mohamad Nasri Abdul Rahman telah mengadakan lawatan ke Yunnan University of Finance and Economy (YUFE) pada 3 Disember 2013. Lawatan ini adalah atas jemputan pihak YUFE bagi mengadakan perbincangan mengenai peluang kerjasama antara YUFE dan universiti-universiti di Malaysia. Pihak YUFE juga berhasrat menjemput pelajar-pelajar dari Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di YUFE.

 

Konsul Jeneral dalam kenyataanya berjanji akan memberikan komitmen yang sebaik mungkin bagi menjayakan sebarang aktiviti yang menghasilkan faedah kepada pihak YUFE dan juga universiti di Malaysia.

 

Selepas perbincangan tersebut, Konsul Jeneral dibawa melawat “Finance Museum of Yunnan” yang terletak di dalam kampus YUFE. Lawatan diakhiri dengan jamuan makan malam yang dihoskan oleh pihak YUFE.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back