Mission News

LAWATAN PERSAHABATAN MAJLIS BELIA NEGERI PERAK KE KUNMING, 16-19 OGOS 2009

19 August 2009 1 views

Seramai 25 ahli Majlis Belia Negeri Perak telah mengadakan satu lawatan persahabatan ke Kunming pada 16-19 Ogos 2009. Delegasi diketuai oleh pengerusi majlis belia tersebut, Encik Hang Tuah Din.

Tujuan lawatan ialah untuk menjalin hubungan persahabatan dan bertukar pandangan dengan pihak-pihak belia di Kunming khususnya. Oleh itu beberaapa sessi mesyuarat dan lawatan ke pusat-pusat belia telah berjaya diadakan.

Disamping itu, ahli-ahli delegasi telah juga diberi taklimat oleh Konsul-Jeneral Roseli Abdul mengenai peranan dan tanggungjawab Pejabat Konsulat Malaysia di Kunming.

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back