Mission News

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA ANJURAN KONSULAT JENERAL MALAYSIA, KUNMING

22 August 2013 1 views

Kunming, Khamis 8 Ogos 2013

 

Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming telah mengadakan Majlis Hari Raya Aidilfitri pada 8 Ogos 2013 di Hotel Wyndham Grand Plaza Royale Yunnan. Majlis dimulakan dengan takbir hari raya dan diikuti dengan solat sunat Aidilfitri. Bacaan khutbah Hari Raya telah disampaikan oleh Konsul Jeneral Mohamad Nasri Abdul Rahman.

 

Seramai lebih 70 orang tetamu yang terdiri daripada HBS dan keluarga, 26 orang pelajar Universiti Malaya yang sedang mengikuti Program Pertukaran Pelajar di Yunnan University of Nationalities (YUN) dan beberapa  pemimpin komuniti Islam tempatan hadir memeriahkan majlis yang bermula dari jam 9.00 pagi itu.

 

Hadirin dihidangkan dengan masakan tradisional Melayu dan juga turut dihiburkan dengan alunan lagu-lagu Hari Raya.  Majlis yang sederhana tetapi meriah ini berakhir pada jam 2.00 petang.

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back