Cik Chenderawasih Abd. Malak, Kuasa Usaha Sementara bersama-sama Kor Diplomatik di Havana telah turut menyerikan Majlis Perasmian Festival Habano yang ke-23 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Havana yang telah disempurnakan oleh Presiden Miguel Díaz-Canel pada 27 Februari 2023. Festival ini akan berlangsung dari 27 Februari sehingga 3 Mac 2023. Pelbagai aktiviti bakal dilaksanakan disepanjang festival tersebut berlangsung.


