Selaras dengan sambutan Hari Sukan Negara pada tahun ini, Kedutaan Besar Malaysia di Havana telah menganjurkan Hari Sukan di peringkat Malawakil yang telah diadakan di kawasan Canseri pada 13 Oktober 2023. Sambutan berkenaan juga telah disertai oleh wargakerja Malawakil dan Diaspora Malaysia di Havana.
Pelbagai acara sukaneka telah diaturkan bersempena HSN2023 ke arah memupuk gaya hidup yang sihat, semangat kekitaan, dan jalinan kerjasama berterusan di antara pihak Kedutaan dan Diaspora Malaysia.
Pelbagai hadiah juga telah disediakan kepada para peserta sebagai tanda kenangan dan tanda penghargaan di atas penyertaan mereka dalam menjayakan HSN di peringkat Malawakil pada kali ini.
Acara berkenaan diakhiri dengan jamuan ringan serta sambutan ulang tahun kelahiran wargakerja Malawakil untuk bulan September dan Oktober.
#HSN2023
#FitMalaysia



