Pada 11 Ogos 2023, Cik Chenderawasih Abd. Malak, Kuasa Usaha Sementara telah membuat kunjungan hormat yang pertama ke atas TYT Ariel Lorenzo Rodriguez, Pengarah Direktorat Asia dan Oceania yang baru bertempat di Kementerian Luar Negeri Cuba (MINREX).
Persiapan Sidang Kemuncak G77+China yang bakal berlangsung di Havana pada 15-16 September 2023, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke-78 dan hubungan dua hala Malaysia dan Cuba adalah antara topik-topik perbincangan pada pertemuan kali ini.
