Mission News

Kunjungan Hormat ke atas Pengerusi Institute of Friendship with the Peoples (ICAP)

04 January 2023 1 views

Tirai Tahun Baru telah dibuka dengan kunjungan hormat sulung oleh Cik Chenderawasih Abd. Malak, Kuasa Usahasama Sementara, ke atas En. Fernando Gonzalez Llort, Pengerusi Institute of Friendship with the Peoples (ICAP), Republik Cuba bertempat di ibupejabat ICAP yang terletak di Vedado, Havana pada 4 Januari 2023. 
Sejarah penubuhan ICAP, peranan serta fungsinya, serta program/aktiviti yang sedang dan bakal dianjurkan oleh Institusi berkenaan serta potensi untuk memperkasakan kesalinghubungan sesama rakyat Malaysia dan Cuba, dan potensi usahasama dengan Kedutaan Besar Malaysia di Havana turut dibincangkan dipertemuan tersebut.

Share:
Link copied to clipboard
Back