Kedutaan Besar Malaysia di Havana telah berbesar hati menerima kunjungan En. Muhammad Faiz Solehan Abdul Wahabi, En. Muhammad Azren Jusoh, dan En. Mohamad Athif Abd Halim, dari Hadid Group dan juga Ing. Marcos Miguel Bebert Lastre dari DEHISPA pada awal hari ini bertempat di Canseri. Mereka dalam rangka tugasan untuk satu projek dengan kerjasama CUPET, syarikat minyak tempatan di Cuba.
