Pada awal pagi hari ini, PERWAKILAN Havana telah meluangkan masa untuk melawat Pusat Fidel Castro Ruz yang terletak di Vedado. En. Juan, selaku koordinator untuk kumpulan kami telah berkongsi sejarah hidup Fidel Castro serta pembabitan awal beliau dalam bidang politik serta peranan beliau sebagai pencetus Revolusi Cuba. Kisah sejarah pemimpin agung ini diilustrasikan menerusi paparan digital yang canggih dan naratif yang mudah untuk difahami. Kami juga telah dibawa melawat di sekitar kawasan Pusat berkenaan yang menempatkan perpustakaan, teater, dan ruangan pameran fotografi.




