Mission News

Lawatan Kerja YB Menteri Luar Negeri ke Havana, 14-16 September 2023

14 September 2023 1 views

Kedutaan Besar Malaysia di Havana telah berbesar hati menerima kehadiran YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Luar Negeri ke Havana pada 14 September 2023.  Lawatan kerja beliau buat julung kalinya ke Cuba ini adalah bersempena dengan Sidang Kemuncak Kumpulan 77 dan China (G77+ China) yang berlangsung pada 15 dan 16 September 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Havana. Beliau turut diiringi oleh YBhg. Dato' Cheong Loon Lai, Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Pelbagai Hala) dan juga En. Akmal Zharif Ahmad Kamal, Setiausaha Politik kepada YB Menteri Luar Negeri.

Share:
Link copied to clipboard
Back