Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidil-Fitri pada tahun ini, pada 12 April 2024, TYT Muhammad Radzi Jamaludin telah meluangkan masa untuk menyantuni Diaspora Malaysia di negara-negara seliaan Kedutaan Besar Malaysia di Havana. Perkembangan semasa dan keberadaan mereka di negara-negara tersebut adalah antara perkara-perkara yang diperbincangan pada sesi sidang video hari ini.
