Mission News

Mesyuarat Agung Tahunan PERWAKILAN

05 January 2023 1 views

PERWAKILAN Havana membuka tirai tahun baru dengan Mesyuarat Agung Tahunannya  yang telah diadakan pada awal hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat, Malawakil Havana. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Cik Chenderawasih Abdul Malak selaku Pengerusi PERWAKILAN Havana pada tahun ini.Pengerusi turut mengucapkan terima kasih atas kerjasama erat para ahli serta ahli keluarga yang terlibat dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan sepanjang tahun 2022. Antara agenda mesyuarat termasuklah pengesahan Minit Mesyuarat, pembentangan aktiviti 2022, pembentangan laporan kewangan, pelantikan Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2023 serta perbincangan aktiviti bagi tahun 2023.Terima kasih diucapkan kepada ahli PERWAKILAN Havana, semoga terus bersatu hati dan saling bekerjasama dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang akan datang.

Share:
Link copied to clipboard
Back