Penyampaian Sijil Penyertaan kepada Puan Roxana Bernal Carbonell, peserta kursus Fatigue Risk Management System for Air Navigation Service Providers yang telah diadakan secara atas talian pada bulan Ogos yang lalu. Kursus berkenaan adalah antara salah satu dari lebih 100 kursus yang ditawarkan di bawah Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP). Puan Roxana, seorang bekas guru, kini berkhidmat sebagai pegawal trafik udara di Pusat Kawalan Trafik Udara Havana.

