Mission News

Penyerahan salinan Watikah Lantikan sebagai Duta Besar Malaysia ke Republik Dominican yang baru

12 February 2025 1 views

Pada 12 Februari 2025, TYT Muhammad Radzi Jamaludin telah menyerahkan salinan Watikah Lantikan sebagai Duta Besar Malaysia ke Republik Dominican yang baru kepada TYT Francisco A. Caraballo Núñez, Timbalan Menteri (Dasar Luar Dua Hala), Kementerian Luar Negeri Republik Dominican. Sesi berkenaan telah diadakan secara atas talian. Selain dari Malaysia, Duta-duta Besar baru yang lain iaitu daripada Azerbaijan, Norway, Ireland dan Albania turut menyerahkan salinan Watikah Lantikan mereka di sesi tersebut.

Share:
Link copied to clipboard
Back