Mission News

Pertemuan sulung di antara Kumpulan Rantau ASEAN dan CARICOM

23 September 2024 1 views

Wakil Kedutaan Besar Malaysia di Havana telah turut-serta dalam sesi pertemuan sulung di antara Kumpulan Rantau ASEAN dan CARICOM yang telah dihoskan oleh PYT Wendy M. Paulus-Aminta, Duta Besar Republik Surinam ke Cuba yang juga merangkap Pengerusi Semasa untuk Kumpulan Rantau CARICOM bertempat di Kediaman Rasmi beliau pada 23 September 2024.  Para undangan juga telah diberi penerangan ringkas berkenaan Indonesia, ASEAN dan Komuniti ASEAN di Havana (ACHC) oleh PYT Nana Yuliana, Duta Besar Indonesia ke Cuba serta telah turut dihidangkan dengan masakan Indonesia seperti satay bersama kuah kacang dan pisang goreng berkeju.Sesi pertemuan juga telah diakhiri dengan acara tarian dan juga sesi bergambar.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back