Mission News

SAMBUTAN 3 DALAM 1 PERAYAAN DI KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, HAVANA, REPUBLIK CUBA

15 September 2016 1 views

Dalam memastikan perayaan sempena Hari Raya Aidul Adha, Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia di sambut, Kedutaan Besar Malaysia di Havana, Republik Cuba telah mengadakan satu acara ringkas tapi meriah bagi menyambut tiga perayaan tersebut pada 16 September 2016 di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia.

 

Tetamu-tetamu yang hadir ialah Duta-Duta Besar, para diplomat, wakil kerajaan Cuba, warga tempatan Cuba, pelajar-pelajar Malaysia, alumni MTCP, wartawan dan lain-lain lagi.  Objektif acara ini adalah untuk meraikan perayaan penting Malaysia disamping memperkenalkan kebudayaan Malaysia di perantauan asing.    Semasa acara tersebut juga, tetamu-tetamu disajikan dengan makanan tradisioanal Malaysia bagi mempromosi keenakkan masakan Malaysia di peringkat antarabangsa.          

Share:
Link copied to clipboard
Back