Selaras dengan sambutan Hari Sukan Negara (HSN2024) di peringkat kebangsaan pada tahun ini, Kedutaan Besar Malaysia (KBM) di Havana, Cuba telah menganjurkan Program Sambutan HSN2024 di peringkat Malawakil pada 11 Oktober 2024 bertempat di Canseri. Program tersebut telah dihadiri oleh kakitangan Kedutaan dan juga ahli keluarga HBS.
Pelbagai acara sukaneka telah dilaksanakan dalam program antaranya, permainan ‘Ya atau Tidak’, Kerusi Musik, Telefon Rosak dan sebagainya. Program telah diakhiri dengan acara sambutan hari kelahiran untuk kakitangan yang meraikannya pada bulan Oktober dan jamuan ringan. Selain dapat memupuk gaya hidup sihat dan kesihatan mental, acara sebegini dapat mengukuhkan hubungan sesama rakan sekerja, semangat kekitaan dan sense of belonging.
