Kedutaan Besar Malaysia di Havana telah turut meraikan sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Amerika Syarikat atau lebih dikenali sebagai Hari 4 Julai, yang telah diadakan di Kediaman Rasmi Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Havana, Benjamin G.Ziff. Para hadirin juga telah dihiburkan dengan persembahan tarian, nyanyian dan juga musik.



