Kedutaan Besar Malaysia di Havana telah turut serta dalam meraikan Ulang Tahun ke-60 Penubuhan Organisasi Kesatuan Afrika anjuran Kesatuan Negara-negara Afrika di Havana. Majlis tersebut telah diadakan pada 24 Mei 2023 di Kompleks Pelancongan Giraldilla yang terletak di La Lisa, Havana. Para tetamu telah disajikan dengan pelbagai jenis makanan dari negara masing-masing dan persembahan tarian serta muzik. Terdapat 28 buah negara Afrika yang kini beribupejabat di Havana.



