Mission News

Mesyuarat Ketua-Ketua Agensi Persekutuan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) Bil 1 Tahun 2025

13 January 2025 1 views

 

 

TYT Dato' Duta Besar telah mempengerusikan Mesyuarat Ketua-Ketua Agensi Persekutuan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) Bil. 1 Tahun 2025 pada hari Khamis, 9 Januari 2025. Ketua-ketua Agensi dari MATRADE, PDRM, ATM, EME, JAKIM dan MARA turut menghadiri mesyuarat kali ini.

Beliau juga  merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan atas kerjasama dan semangat kerja berpasukan yang tinggi yang dipamerkan sepanjang tahun 2024 termasuk dalam menjayakan Lawatan Rasmi YAB Perdana Menteri Malaysia ke Kaherah pada November 2024.

Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaras dan merancang KPI dan takwim serta hala tuju sepanjang tahun 2025 Malawakil Kaherah.

Share:
Link copied to clipboard
Back